Monday, 30 September 2013

NIQAB~

#yang berniqab bercinta , tetapi tiada hala tuju .
         >bersepah di alam maya .
#yang berniqab mulutnya ubarat tempayan .
        >kata berjihad , tapi mengumpat .
#yang berniqab , akal nya disimpan .
        >status harian jadi sarang kebencian .

hari tu adalah terjumpa satu blog ni , then dia tulis mcm kat atas tu . sape terasa , angkat tangan . hee :) tapi ,  kata2 tu boleh jadi semangat dlm diri ni utk terus istiqamah . tak tahu lah apa yg ada dlm ayt tu . tapi ia betul betul terjadi . sekarang ramai yg selalu "puji" org yg pakai purdah or niqab ni kan . tapi ,  tape . kita sematkan sifat sabar dalam diri kita . jgn dilayan kata-kata yang boleh buat kita sakit hati tu . sentiasa ingat Allah dan banyakkan istighfar . insyaAllah lebih bersemangat untuk terusan istiqamah . apapun ujian yg kita tempuhi , semuanya dari Allah . dan , Allah takkan uji kita dengan ujian yg kita tak mampu tempuhi . Allah maha mengetahui segala sesuatu . 

PENGALAMAN..

haa , kalau korang nak tau . saya ni tade la cantik . baik pun rasa nya , ada yg lagi baik dari saya . saya berpurdah ni pun untuk berubah jadi lebih baik dari sebelum ni . biiznillah , insyaAllah . doakan sy tau ^^. 
hurm , saya start pakai selepas seminggu orientasi di kolej . kat kolej saya belajar tu , muslimat diwajibkan berpurdah . so , apa lagi , ada yg suka and ada plak yg merungut . biasa lah tu kan , manusia . cop , pasal diri saya , dah lama dah pasang niat nak berpurdah , setahun sebelum masuk kolej lagi . dan lepas ada kenalan ni ula pakai , hati sy lgi kuat mengatakan yg sy akan pakai . so Alhamdulillah , saya bersyukur sgt2 sebab kolej mewajibkan pakai purdah . sekurang kurang nya sy bole belajar serba sikit pasal purdah ni kan . dan dari situ saya belajar dan belajar dan belajar dan akhirnya saya berhenti dr kolej tu atas sebab2 tertentu . tp masa tu sy tak istiqamah lagi . tiba lah "satu hari di hari raya" (08.08.2013),hehe . masa tu , saya dah bernekad nak istiqamah . mak abah okay je , malah abah lagi suka saya pakai mcm tu . tapi ............................................


jeng3 , suspen pulak kan.  hihi :)
ada la mulut2 yang memulakan tikaman mereka.errr~ mesti tak percaya kan , lidah yg berkata2 tu dari sepupu dan mak sedara sendiri . boleh pulak dia ckp kita ni syiah . astaghfirullah halazimmm , nauzubillah , harap dijauhkan , amiiinnn . haa , berbalik cerita td , da la ckp syiah , pastu ckp kita ni mcm tak layak pakai , ish3 sabo je la kan . apa kita boleh buat . mulut orang bukan nya kita boleh tutup , lain la kalau mulut tempayan . tak ke gitu ?? hurm , memang banyak dugaan bila kita berpurdah , sbb tu sy ckp tdi , kita kene semat sifat sabar dlm diri kita byk2 . dan ingat lah , ALLAH sentiasa ada dengan kita dan DIA lah yg paling hampir dengan kita . dan .... DIA jugak yg selalu mendengar rintihan dan luahan kita tanpa mengeluh . 

ALLAHU AKBAR ! 

dr ust. Haji Zaharuddin ,
-> banyak perkara yang tidak elok berlaku pada masa kini dan cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan hijab yang menutup wajah nya memandangkan kebanyakan lelaki pada zaman sekarang adalah fasik dan tidak bermoral . 

*renung-renung kan dan selamat beramal (^_^)






~terlalu banyak kelemahan yg ada dlm diri ini , dan ampunkan lah sekiranya terkasar bahasa atau tersilap bicara~

No comments:

Post a Comment